Friday, July 09, 2010

Warkah Buat Mereka

Ke hadapan mak dan ayah yang dikasihi.

Salam mesra adik titipkan buat mak dan ayah yang dirindui.. tidak lupa salam rindu buat along dan angah juga kak Aisyah serta dua buah hati pengarang jantung ku iaitu Aiman dan Nurul.

Mak dan ayah,
Adik mahu kalian tahu betapa rindunya diri ini pada kalian sehingga x mampu diungkap dengan kata-kata.. rasanya baru 2 minggu adik kembali ke bumi IPIS ini selepas tamatnya cuti semester.. namun seksaan rindu itu terasa seakan 2 tahun lamanya..

Sesungguhnya benar bak kata pepatah.. kita hanya mampu merancang sebaliknya Allah yang menentukan segala-galanya.. Untuk pengetahuan mak dan ayah, adik sudah berhasrat untuk pulang ke rumah pada minggu kedua ini bagi merungkai misteri jeritanan batin rindu yang bersarang dalam diri ini.. Namun apakan daya.. saat-saat akhir segalanya berubah.. dek kerana kekangan aktiviti yang seakan cemburu melihat saat bahagia antara kita bersama.. hasrat murni itu terpaksa dibatalkan..

Mak dan ayah,
Adik tidak cukup kuat untuk terus menahan dilema kerinduan ini..memandangkan sebelum ini adik merupakan antara pelajar yang selalu menghilang pada waktu hujung minggu semata-mata untuk pulang ke rumah.. Andai saja adik bisa terbang ke rumah saat ini pasti adik lakukan..

Adik berdoa semoga diberi kelapangan masa pada 23 & 24 jULAI ini.. adik terlalu berharap yang adik dapat menemui kalian..

Adik doakan semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Berkuasa.. doa adik buat kalian sentiasa mengiringi bagi setiap langkah yang diatur.. bagi setiap bait yang ditutur.. bagi setiap detik dan waktu..








No comments:

Post a Comment