Wednesday, July 28, 2010

IsTimeWanYa DiriMu DuHai WaNiTa

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


Sunday, July 25, 2010

GEMBIRA.. HAPPY.. SERONOK... FUN....

alhamdulillah..
itulah lafaz yg aku mampu ungkapkan hari ni.. segala yg kulalui hari ni amat mggembirakan.. aku bersyukur atas nikmat kurniaan Illahi ini..

Firstly,
aku gembira kerana family aku dtg hri ni..
akhirnya rindu yg terpendam selama ini dah terubat..
setelah sebulan lamanya aku x pulang menemui mereka..
hari ni.. aku dpt bertemu mereka..
berkongsi segala kisah suka dan duka...

Secondly,
heheh..
cita2 n impianku tok memiliki sebuah lgi aset akhirnya tercpai..
apakah aset itu..
biarlah rahsia???

Thirdly,
persoalan dihatiku hri ni..
hampir trjawab..
aku brsyukur kerna doa yg kupanjatkan akhirnya termakbul..
dgn pengakuan itu sedikit merungkai persoalan yg sering bermain di jiwa ini..
terima kasih kamu....

aku berharap yg segala detik manis ini akan terus tersimpan didlm memori hati ini.. syg sungguh rsernyer nk biarkan detik ini berlalu pergi..
namun apakan daya..
masa akan terus meninggalkan kita..
kita yg seharusnya berusaha utk mengejarnya...



Wednesday, July 21, 2010

C.I.N.T.A

sebelum melelapkan mata sempat jgk sekejap tgk2 iluvislam..topik kali ni menarik sgt2.. klu tdi aku dh post psal a'kum vs assalamualaikum.. skrg nk share psal cinta plak.. aku rse ade skit kaitan dgn konflik jiwa yg sdg melanda jiwa aku skrg.. so after bce artikel aku mulai faham situasi n keadaan sebenar.. sememangnya nafsu & keinginan mmg sukar nk dikawal.. LET'S READ TOGETHER!!!

WAHAI CINTA!!!

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...
Beritahulah kepadanya... :
Maafkan aku...
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...
Kerana...
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......
Duhai sahabat..
... Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu...
Saat mereka bertanya...
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku...
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...
Dan mengukuhkan tulangku...
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...
Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...
Hidup dan matiku.......
Segalanya untukNya........

A'kum VS Assalamualaikum





(sedikit perkongsian ilmu hasil pembacaan di www.iluvislam.com)


Di antara sunnah Rasulullah s.a.w. ialah di dalam bab memberi salam. Baginda memberi salam dengan lafaz ;

" Assalamualaikum "

Dan baginda menjawab salam daripada para sahabat dengan salam yang penuh iaitu ;

" Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh "


Memberi salam:
  • " Assalamualaikum "

Menjawab salam:
  • " Waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh "


Apabila kita ingin mengirimkan salam kepada orang lain, hendaklah kita berkata ;

" Kirim salam assalamualaikum kepada Zizah ye ? "

Dan bukannya berkata ;

" Kirim salam kepada Zizah ye ? "

Dan bukan juga berkata ;

" Kirim salam maut. "

Ungkapan ini adalah berdosa walaupun sekadar gurauan.

Nota :

" A'kum " adalah singkatan kepada " Avde Kokhavim U Mazzalot "

Janganlah kita menggantikan perkataan
" Assalamualaikum " dengan " A'kum " di dalam mesej mahupun melalui tulisan. Jika perkataan " Assalamualaikum " itu panjang, maka hendaklah kita menggantikannya dengan perkataan " As Salam " iaitu perkataan yang maknanya sama dengan " Assalamualaikum " .

Hebahkan kepada teman-teman yang seringkali menggunakan 'shortform'
" A'kum " di dalam mesej mahupun e-mail bahawa perkataan " A' kum " ialah gelaran yang diberikan oleh orang Yahudi kepada orang bukan Yahudi yang bermaksud BINATANG dalam Bahasa Ibrani.

" A'kum " adalah singkatan daripada perkataan " Avde Kokhavim U Mazzalot " yang
bermaksud
" Hamba-hamba binatang dan orang-orang sesat " . Oleh itu, gantikanlah ungkapan itu dengan " As Salam " kerana salam berasal daripada perkataan " Assalamualaikum " .

sAYA NaK JaDIII CikGU!!

Hari ni..
hari yg sgt bermakna bgiku..
kerna hari ni smngat ku untk bergelar seorg pendidik semakin berkobar2..

nak tahu kenapa??
hari ni aku betol2 terharu lihat pengorbanan seorg insan bergelar guru,
dlm mendidik anak bangsa sndri..
demi mnjadi insan yang berguna..
kisah bermula apabila..

waktu bagi subjek tetttttttttttttttttt telah bermula..
tpi bayangan pensyarah ini msih x kelihatan..
tiba-tiba pintu kelas diketuk..
kelihatan tubuh keletihan pensyarah ini berdiri dihadapan muka pintu..
beliau memohon maaf atas kelewatan ini kerana terlibat dalam kesesakan lalulintas..

walau riak keletihan masih bersisa di wajahnya,
namun beliau masih bersemangat untuk meneruskan P&P..
tiba2 beliau terduduk diam sambil menahan kesakitan..
x sggup rasanya melihat beliau menanggung sendirian..
tpi yg membuatkanku bertambah terharu ialah.... apbila beliau masih bersemgat utk meneruskan P&P..
namun akhirnya beliau akur akan ketidakmampuan kesihatan beliau pada hari ini..

inilah ciri guru yg kita mahukan.. snggop berkorban apa sahaja demi anak bangsa..

Saya NAk Jadi CIkgu!!


Monday, July 19, 2010

Ya ALLAH..

andai ini suratan n takdir buatku..
aku terima segalanya..
walau hakikatnya amat pahit utk ditelan..
namun aku x upaya..
aku x mampu melawan kuasa takdir..
segalanya sudah ditentukan..
namun aku akui..
titisan jernih air mata masih mmbasahi pipi..
tiap kali ia dtg menjelma..
apa yg bisa aku lakukan..
hanya memanjat doa memohon kekuatan..
aku begitu lemah kali ini..
ternyata kini aku terpedaya lagi..
Ya ALLAH..
ampunkan segala dosa hambamu ini..
semoga aku diberi kekuatan utk mnempuhinya..
segalanya kuserahkan padaMu Ya ALLAH..

amin ya rabbal alamin.....

Tuesday, July 13, 2010

hepi 2nd AnniVersary kwn2..

14 Julai..
detik yg sungguh bermakna dlm hidupku..
pada tarikh ini kira-kira 2 tahun yg lalu..
aku mula menjejakkan kaki ke sini..
walau dgn hati yg sikit kecewa..
namun aku pasrah dgn ketentuan Illahi..
mgkin ini yg sudah tertulis utkku..

siapa sangka kini pada saat dan detik ini..
sudah genap 2 tahun aku disini..
menjadi seorag pngembara yg dahagakan ilmu..
demi mendidik anak bangsa..

kini ku semakin mencintai profesion mulia ini..
bukan utk mgejar nama atau meraih publisti..
namun atas rasa taggjwab yg terglas..
demi mmpejuangkan nasib anak bangsa..

Ya ALLAH..
aku brsyukur atas sgla2nya..
ssugguhnya hambamu brsyukur atas kurniaan Mu ini..
anugerah yg x ternilai kiranya..

Mak Ayah..
terima kasih atas drongan kalian..
tanpa nasihatmu..
mgkin adik tiada di sini..
sdg terkapai2 diluar sana..
mncari arah tuju dan destinasi..

Sahabat2ku..
terima kasih atas sglenye..
saat pahit manis kte bersama akan kukenang slame2nye..
ampun maaf kupinta atas sglanyer..
smoga ukhwah ini kekal buat slmanye..

p/s: tetibe sayu plak biler terkenang tarikh 14 Julai ni.. lebih2 lagi bler smbil dgr lagu kenangan terindah.. mmg tangkap leleh la..




Monday, July 12, 2010

TerJAwaB SUDaH TeKa-TeKi ItU??

Selesainya perlwanan antara Spain vs Belanda jam 2.30 pg tdi.. maka berakhirlah sudah segala teka-teki yang bermain di benak fikiran setiap penggemar bola sepak di seluruh dunia..
yg pstinya pasukan pilihan ku kini telah mnjadi juara.. inilah dia antara barisan pemain SEPANYOL yang telah berjuang bermati-matian demi mencpai kemenangn..

Spain

Andres INIESTA

inilah dia wira yang telah berjaya menembus gawang Belanda pada minit 116..
tapi sedarkah kita apa pengajran yang boleh kita ambil drpd Piala Dunia 2010 ini.. fikirkan sejenak??

bagi aku.. byk sgt.. tpi 1 yg paling jelas... sifat x pernah berputus asa..
contoh?? Klu kte tgk.. Spain pada awlnya telah tewas di tgn Switzerland.. tapi akhirnya kini berpeluang bergelar Juara Piala Dunia 2010..
agak2 cmne bley jdi cm ni ae? bomoh ke? sihir ke?
oh TIDAK2 !!!
inilah keajaiban bler kte x pernah berputus asa..
gagal sekali x bermaknanya gagal tok slama2nye.. BETOL X??
means kte pun bley.. caiyok2..

LASTLY,,, Kte kena ingat bahawa yg berakhir hanyalah sebuah permainan dunia iaitu Piala Dunia 2010.. tapi INGAT!!!
Piala Akhirat x kan pernah berakhir..
klu mereka berusaha bermati-matian hanya utk memenangi sebuah trofi yang memiliki berat 6.17 kg termasuk 4.9 kg "emas padat 18 karat" dan 2 lapisan batu semi berharga malachite..
Oleh itu, kenapa tidak kita berusaha bersugguh2 demi mncapai trofi yang lebih bermakna dan berharga.. sebuah trofi kehidupan abadi di dunia dan akhirat.. insyaallah..

p/s: muhasabahlah diri kita dlm setiap perkara yg dilakukan. sekalipun sewaktu menonton bola sepak atau sbgnya.. kerana setiap itu pasti ada kemanisan yang boleh kita kecapi n nikmati.


WiRA 2010!!!

Spain

Saturday, July 10, 2010

D menjadi O!!!

kini mood berblogging telah kembali.. byangkan tok mlm ni sjer.. aku dh btalkan niat nk wat ISL semata-mata tok blogging.. ish3.. hehe..

ntahlah tetiber smngat nk menulis tu kmbali menjelma.. hehe.. tu yg rser nk menulis je spnjng mlm ni..

selepas post pasal demam Piala Dunia.. kali ni nk tulis psal Derma Darah plak..

alhamdulillah bersyukur sgt.. niat n cita2 aku nk derma darah akhirnya tercapai pada 6 Julai 2010.. yelah menebus kekecewaan sem lepas yg direjek sebab nadi laju sgt so agak berisiko klu nk derma darah..

ALKISAH.. pg tu aku mmg decide x nk derma darah.. lbih2 lg ramai kwn2 ku x nak derma.. so mmg takot sesangat la mser tu..

tpi bler ptg?? tetibe je aku bley berani isi semula borang tu.. then terus g check..
tanpa segan silu aku tyer dr. tu..

nabila: bley ke sye derma ni?
dr: alhamdulillah boleh..

mmg syok gler mser tu.. rse nk guling2 atas lantai.. tpi dlm hati still ade rser takot.. tpi aku bangga ade kwn2 yg always suport me.. THANKS EVERYBODY!!!

p/s: x sakit pon derma darah ni.. so jgnlah takot..hri ni kter tlg owg sok luse mne taw plak kan..
penjelasan: D= disqualified O= Jenis darah aku..

HEPI2.. lalalalalalala

hepi2.. seronok sgt coz akhirnya berjaya gak tukar layout blog ni..
byk benda dh aku blaja pasal blog ni.. namun blog ckup hebat lgi.. hehe
sempena musim demam Piala Dunia ni aku pilih lagu Waka Waka nyanyian Syakira sbg lagu tema blog aku..

besela fan Spain kot especially David Villa.. hehe..
smoga Spain menang lawan mlm sok ngan Netherlands..
go Spain go Spain!!!

klu nak taw inilah my Villa.. hehe..
DAVID VILLA-7
ESPESP
  • Date of Birth: 3 December 1981
  • Height: 175 cm
  • Shirt number: 7
  • Position: Forward
  • Current club: Valencia (ESP)
  • International Caps: 64
  • International Goals: 43
  • First international: Spain - San Marino
    (9 February 2005)

Club History

  • Valencia CF (ESP): From 2005 to 2010
  • Real Zaragoza (ESP): From 2003 to 2005
  • Sporting Gijón (ESP): From 2001 to 2003
  • Sporting Gijón B (ESP): From 2000 to 2001