Monday, May 03, 2010

tAkE A bREaK FriENDss..


PETUA MENCUCI HATI

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100 X sebelum tidur
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan

13. Jaga makanan
jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin
(menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik

17. Menjaga panca indera
(mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat
p/s: dah tengok.. dah bacer.. JOM LA AMAL
(SUMBER : www.iluvislam.com)


No comments:

Post a Comment